Tuesday, June 18, 2019

Pulau Perhentian

Assalamualaikum!

aku nak cerita tentang pengalaman aku ke pulau perhentian pada tahun lepas.
bajet aku ke sana:-

Hotel - rm150 (perhentian besar)
Feri return - rm70/pax
Jadual Feri : 8.00am , 12.00pm, 4.00pm
Snorkerling 5 checkpoint rm50/pax
Kincir angin - water taxi rm30

since aku dari kota bharu dan otw ke jeti besut, aku cuma bawak kereta ke sana. so kos perjalanan ke sana aku tak kira la sebab otw balik kl. Tapi parking rasanya kena bayar. tak silap aku dalam RM10.

penginapan aku cuma sehari je dkt pulau perhentian. kami menginap di perhentian besar. nama hotel aku tak ingat 😆 Tapi rate dia RM150 aku bayar guna booking.com. Pastikan call confirm kan booking sebelum kesana ok!

Masa aku sampai tu lebih kurang tengahari jugak lah. dari jeti besut nk ke pulau perhentian besar lebih kurang 45minit. fuh, sakit punggong woi. Sebab laut dia bergelora. Sampai je check in, angkat barang, petang tu kitorang ke kincir angin naik water taxi.

oh lupa pulak, RM5 untuk bayaran masuk ke pulau perhentian ye.

Paling best snorkeling 5 tempat. masa aku pergi ke sana, aku jumpa penyu, ikan, gamat, palin cantik nampak batu karang yang warna warni. Ya allah, macam duduk dekat dunia lain 😭

kincir angin kena mendaki dari perhentian kecil. jauh weyh, dkt 30min aku rasa 😂 tapi ambil gambar memang berbaloi. lawa sangat2. serius! cuma korang kena hati2 dgn tangga dkt situ. kebanyakkan nya dah reput.

tolong lah korang pergi sana. memang best. tak rugi.



Monday, June 3, 2019

buttermilk prawn resepi

Assalamualaikum.

Hari ini aku berkesempatan untuk masak lauk berbula dekat rumah ibu mertua aku. Alhamdulillah butter prawn yg aku masak menjadi.

resepi buttermilk prawn:

1. udang 35 ekor
2. susu cair 1 tin
3. cili padi 6 batang
4. daun kari 3 tangkai
3. bawang 5 ulas
4. garam secukup rasa
5. lada hitam 5 biji (tumbuk)

Cara penyediaan:

1. gaulkan udang yang telah di siang dengan sedikit garam
2. Panas kan minyak dan masak udang hingga kekuningan. Jangan terlampau lama utk elakkan udang keras/ kecut
3. toskan udang letak ketepi

kemudian guna kuali yang baru,
1. masukkan mentega/ planta/ butter
2. masukkan cili padi, bawang yang sudah dipotong kecil dan daun kari ke dalam kuali sehingga mengeluarkan bau
3. susu cair dimasak
4. selepas itu barulah letak udang

siap dihidang 😁😁